BERITA TERKINI

***Akan dimaklumkan dari masa ke semasa***

 

 

 

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM

Calon Bumiputera Sabah dan Sarawak :-

i.      Warganegara Malaysia.

ii.    Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

iii.   Memperoleh keputusan minimum 3A 2B (gred A bagi subjek Matematik dan Sains) dalam UPSR.

iv.   Belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) di Sabah dan Sarawak.

v.    Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.

vi.   Memohon secara atas talian (online).

vii.  Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

  

Calon Bukan Bumiputera :-

i.      Warganegara Malaysia.

ii.    Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.

iii.   Memperoleh 5A dalam UPSR dari Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja.

iv.   Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum dan sukan.

v.    Memohon secara atas talian (online).

vi.   Menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

vii.  Keutamaan diberi pada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

 

PERMOHONAN TINGKATAN 1

v  Iklan permohonan kemasukan ke tingkatan 1 disiarkan melalui akhbar, laman web MARA dan crawler televisyen seminggu sebelum keputusan UPSR diumumkan.

 

v  Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi.

 

v  Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

 

v  Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dengan melayari laman web MARA di alamat http://www.mara.gov.my

 

v  Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi boring permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga pada tarikh yang ditetapkan.

 

v  Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah :-

 

(Permohonan Ke Tingkatan 1)

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah

Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut,

50609 KUALA LUMPUR.

v  Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

 

v  Keputusan kemasukan ke MRSM dikeluarkan 30 hari selepas tarikh akhir Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM dan temu duga.